1) Anak berada dlm keadaan selesa
- Pangku bayi anda semasa memberinya makan. Tinggikan sedikit bahagian
kepala supaya dia dapat makan dengan lebih selesa. Untuk menjaga
kebersihan pakaian bayi,gun...akanlah bib.
2) Makanan yg sesuai
- Makanan pertama yang anda perkenalkan kepada bayi mestilah
benar-benar lembut dan tidak terlalu berperisa. Biasanya pada peringkat
permulaan, bayi akan lebih senang menerima bubur nasi kerana tekstur dan
rasa yg seakan susu.
3) Tidak terlalu panas
- Makanan bayi
tidak terlalu panas dan tidak pun terlalu sejuk. Cukuplah sekadar
suam-suam. Selain itu, jangan suapkan terlalu banyak makanan pada
satu-satu masa. Beri anak anda makan sedikit demi sedikit. Cara ini akan
memudahkan anak untuk belajar menelan makanan dan dalam masa yang sama
belajar makan menggunakan sudu dan bukan melalui botol susu.
4) Bersabar
- Pertama kali memberi anak makan memang memerlukan kesabaran yang
tinggi. Anak anda tidak akan mudah menerima makanan yang diberi. Mungkin
sebab dia belum biasa untuk makan. Jadi,ambillah masa yang secukupnya.
5) Jaga kebersihan
- Pastikan semua peralatan yang digunakan termasuklah makanannya bersih
daripada sebarang kekotoran untuk mengelakkan bayi anda sakit perut.
Hal ini perlu dipandang serius agar bayi tidak berasa serik untuk makan.
Ingat,memberi anak makan adalah untuk menjadikan mereka lebih sihat dan
bukan mendapat penyakit.
6) Pastikan bayi betul-betul lapar ketika itu
- Ramai berpendapat, waktu terbaik untuk memberi bayi makan ialah
selepas mereka bangun daripada tidur pada waktu pagi. Mungkin di antara
pukul 10 hingga 11 pagi. Ketika ini biasanya bayi akan rasa lapar. Agar
bayi tidak terkejut dan rasa lebih selamat,beri mereka minum sedikit
susu dahulu sebelum meneruskannya dengan memberi makan.
INFO
Masa terbaik untuk memberikan anak makan buat kali pertama ialah pada
waktu pagi ataupun tengahari. Anda dinasihatkan agar tidak
memperkenalkan makanan baru pada waktu malam kerana ada bayi yg alahan
terhadap sesetengah jenis makanan. Jika hal ini berlaku pada waktu
siang, mudahlah bagi anda untuk membawa anak mendapatkan rawatan
sewajarnya..
No comments:
Post a Comment