Muhammad Naufal Aisy Khairul Husni

Muhammad Naufal Aisy Khairul Husni

I'll be prepared everything for my AISY

Agar2 & Susu Enfalac A+ ( ikutlah susu apa anak2 anda minum) & Sedikit Roti
itu saja, siap n yummy2 baby makan. ( Dont put sugar k)

It easy for us like Mummy & Daddy utk sediakan something to eat for Babies. Xeloklah klu kita keluar makan then kita suap sama bby kita mkanan yg kita mkn tu. We dont know what the cooker at restaurant put together to our meal. So this one is good for your babies. Try lah!

Untuk AISY

For Chinese, have a Happy & Prosperous Chinese New Year, Gong Xi Fa Cai! Xin Nian Kuai Le!
Hari ini cuti so of course I have a time to cook for my Aisy. So I cook for him Taufufa With Kurma Sauce. Seem like he want it but at the same time he wants to play. Tak duduk diam so agak mencabar nk menyuapkan baby Aisy.  Dia mcm xberapa suka Taufufa ni tp dia suka sauce Kurma tu... Ok la tu, at least dia nk la jugak.
Di bawah ni beberapa gambar Bekalan Aisy ke rumah pengasuh... Mama buat segalanya yang terbaik utk Aisy because I love U soooo Much Son!


Semoga rezeki kami anak beranak murah & dtgnya drpd sumber rezeki yg Halal. Hanya Allah yg mampu memberikan kami rezeki yg sebaik2nya dan Kami memohon keredhaan Allah buat kami sekeluarga. Amin.

Makanan Untuk Otak



1. Salmon

Salmon merupakan sumber asid Omega 3 yang sangat baik. Kanak-kanak yang makan salmon sekurang-kurangnya dua kali seminggu akan mempunyai minda yang tajam.

2. Telur

Sumber protein yang sangat mudah boleh didapati daripada telur. Kuning telur mengandungi choline yang penting untuk perkembangan otak.

3. Mentega kacang

Kacang dan mentega kacang kaya dengan vitamin E iaitu antioksida yang mengawal membran saraf.

4. Bijirin penuh

Otak memerlukan tahap gula secukupnya untuk membekalkan tenaga sepanjang hari. Pengambilan bijirin pada waktu pagi mampu memenuhi keperluan tersebut

5. Oat

Oat merupakan bijirin untuk otak. Kanak-kanak yang mengambil bijirin ketika bersarapan akan mendapat tenaga pertama untuk otaknya daripada oat. Oat yang kaya dengan serat juga menyediakan tenaga sepanjang pagi untuk anak.

6. Buah beri

Buah-buah beri seperti strawberi, blueberries, ceri mengandungi antioksida yang sangat berkuasa. Vitamin C yang terkandung di dalamnya dikatakan mampu mengelakkan serangan penyakit kanser. Kanak-kanak yang mengambil buah beri secara konsisten akan dapat memperbaiki daya ingatannya.

7. Kekacang

Kekacang merupakan makanan otak yang utama untuk mengekalkan tahap tenaga pemikiran manusia.

8. Sayur-sayuran berwarna-warni

Warna terang pada sayur-sayuran segar sangat baik kerana warna tersebut menandakan kehadiran antioksida padanya selain daripada vitamin dan mineral yang penting. Antioksida mengekalkan sel otak yang kuat.

9. Susu dan yogurt

Protein dan vitamin B yang ada dalam produk tenusu penting untuk pertumbuhan tisu otak, enzim dan neurotransmitters. Susu dan yogurt juga kaya dengan protein dan karbohidrat yang merupakan sumber tenaga untuk otak.

10. Daging tanpa lemak

Daging tanpa lemak merupakan antara sumber makanan yang kaya dengan zat besi. Zat besi merupakan mineral yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak dan membantu mereka menumpukan perhatian terhadap pelajaran di sekolah. Daging lembu juga mengandungi zink yang bagus untuk memori.

MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W



1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang,memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.

“Hati yang bersih dapat melahirkan pemikiran yang waras. Maka, ‘suapkanlah’ ia dengan makanan dari sumber yang halal dan berkhasiat.”

11 SIFAT IBU BAPA CEMERLANG



oleh: Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

1-Membersihkan hati dan perasaan

2-Membina kebahagiaan secara proaktif

3-Mendidik diri sendiri

4-Mengamalkan komunikasi dan hubungan kemanusian melalui al-mawaddah (kasih sayang) dan al-rahmah (kasih-mengasihani)

5-Mengistiqamahkan sunah Rasullullah s.a.w dan penghayatan islam dalam rumah tangga

6-Mengamalkan sikap dan pegangan yang betul

7-Mengamalkan suasana yang harmoni dan membina

8-Menjaga pemakanan dan kesihatan keluarga

9-Mengamalkan pergaulan hidup berumah tangga yang diredhai

10-Muhasabah diri sebelum tidur malam

11-Berdoa memohon petunjuk dan keredhaan ALLAH

(♥ 9 PEMAKANAN YANG BANYAK KEBAIKANNYA PADA OTAK ANAK ♥)

1) Kacang Badam (Almond)
Ia terkenal kerana kandungan minyaknya. Ia juga makanan yang diwajibkan untuk para hufaz dari negeri Timur Tengah. Saya juga diberitahu, orang Yahudi membiasakan anak mereka meminum susu badam suam pada setiap hari.

2) Kismis
Bahan ni memang orang kita dah kenal kebaikkannya hingga mereka boleh gelar kismis Minda.

3) Minyak Ikan
Saya guna jenama Pristin kerana kandungan Omega 3 - DHA dan EPAnya yang paling tinggi di pasaran Malaysia iaitu 5 kali ganda dibanding dengan yg rendah. Saya rasa semua ibu2 tahu akan kegunaan minyak ikan dalam membentuk otak bayi sebelum bayi lahir lagi.

4) Kurma
Ia satu buah yang tercatat dalam sejarah dimana Saidatina Maryam 'Alaihissalam ketika mahu melahirkan Nabi Isa 'Alaihissalam dirakam di dalam Al Quran;
'Dan gegarlah kearahmu batang pohon kurma itu, supaya gugur kepadamu buah kurma yang masak, maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merungsingkan. Al Quran (17) Surah Maryam (Ayat 25-26)

5) Madu
Madu kaya dengan fruktosa iaitu gula ringkas yang boleh diserap terus ke dalam darah untuk memberi tenaga segera. Para penyelidik menggelar madu sebagai agen untuk mencerdaskan otak. Sabda Rasulullah s.a.w. Barangsiapa yang menjilat Madu sebanyak tiga kali pagi setiap bulan, maka dia tidak akan terkena cubaan yang besar (penyakit yang berbahaya) (Riwayat Ibnu Majah)

6) Habbatus Sauda
Sabda Rasulullah s.a.w. "Tetaplah kamu dengan habbatus sauda kerana padanya adalah penawar segala jenis penyakit melainkan as Sam. Para sahabat bertanya "Ya Rasulullah, apakah itu as Sam..? Jawab Rasulullah s.a.w "As Sam itu adalah mati.."


7) Buah Tin
Allah berfirman "Demi buah Tiin dan Buah Zaitun, Demi Gunung Sinai dan Negeri (Makkah) yang dijadikan aman.." Al Quran (95) Surah At Tiin (Ayat 1).

Sabda Rasulullah s.a.w.
Makanlah kamu semua darinya (Buah Tin), sekiranya aku katakan sesungguhnya buah yang turun dari syurga maka aku kata 'inilah buahnya'. Ini kerana buah syurga tiada keraguan. Sesungguhnya ia boleh menyembuhkan penyakit buasir dan mendatangkan manfaat bagi sendi-sendi" Hadis riwayat Abu Daud, Abu Darda, Suyuti


8) Ekstrak Daun Zaitun Olive Oleo

Melancarkan penghantaran nutrien-nutrien dari bahan bahan diatas ke dalam darah dan seterusnya ke otak. Ia juga adalah anti bakteria, anti fungus dan anti virus. Resepi ini tidak memasukkan sebarang bahan awet selain dari ekstrak daun zaitun ini.

Pohon Zaitun adalah pohon yang diberkati seperti sabda Rasulullah s.a.w. "gunakan sari zaitun sebagai lauk pauk dan minyak, sesungguhnya ia berasal dari pohon yang diberkati' Riwayat at Tarmizi dan Ibnu Majah"

9) Air Surah Taha
Air biasa yang dibacakan AlFatihah (1 kali) dan Surah Taha, Ayat 1 - 23, 11 kali. Ia adalah makanan rohani yang akan melembutkan hati kanak-kanak degil dan melancarkan pemikiran mereka. Ia adalah doa Nabi Musa untuk memohon kebijaksanaan.

Sifat-Sifat Isteri Yang Mulia

a. Tidak suka menuntut perkara yang membebankan suami.

b. Tidak berhias untuk lelaki bukan muhrimnya.

c. Menjauhkan diri daripada sifat tercela.

d. Tidak meninggikan suara melebihi suara suami.

e. Tidak keluar rumah tanpa izin suami.

f. Tidak membelanjakan harta suami tanpa izinnya.

g. Menjalankan kewajipan terhadap ajaran agama.

h. Tidak cepat cemburu pada sesuatu yang belum pasti.

i. Berbuat baik dalam menjalinkan hubungan dengan keluarga suami.

j. Tahan menderita ketika suami ditimpa musibah atau masalah.