1.
Salmon
Salmon merupakan sumber asid Omega 3 yang sangat
baik. Kanak-kanak yang makan salmon sekurang-kurangnya dua kali seminggu akan
mempunyai minda yang tajam.
2. Telur
Sumber protein yang sangat mudah boleh didapati
daripada telur. Kuning telur mengandungi choline yang penting untuk
perkembangan otak.
3. Mentega kacang
Kacang dan
mentega kacang kaya dengan vitamin E iaitu antioksida yang mengawal membran
saraf.
4. Bijirin penuh
Otak memerlukan tahap gula secukupnya untuk membekalkan
tenaga sepanjang hari. Pengambilan bijirin pada waktu pagi mampu memenuhi
keperluan tersebut
5. Oat
Oat merupakan bijirin untuk otak. Kanak-kanak yang
mengambil bijirin ketika bersarapan akan mendapat tenaga pertama untuk otaknya
daripada oat. Oat yang kaya dengan serat juga menyediakan tenaga sepanjang pagi
untuk anak.
6. Buah beri
Buah-buah beri seperti strawberi, blueberries, ceri
mengandungi antioksida yang sangat berkuasa. Vitamin C yang terkandung di
dalamnya dikatakan mampu mengelakkan serangan penyakit kanser. Kanak-kanak yang
mengambil buah beri secara konsisten akan dapat memperbaiki daya ingatannya.
7. Kekacang
Kekacang merupakan makanan otak yang utama untuk
mengekalkan tahap tenaga pemikiran manusia.
8. Sayur-sayuran berwarna-warni
Warna terang pada sayur-sayuran segar sangat baik
kerana warna tersebut menandakan kehadiran antioksida padanya selain daripada
vitamin dan mineral yang penting. Antioksida mengekalkan sel otak yang kuat.
9. Susu dan yogurt
Protein dan vitamin B yang ada dalam produk tenusu
penting untuk pertumbuhan tisu otak, enzim dan neurotransmitters. Susu dan
yogurt juga kaya dengan protein dan karbohidrat yang merupakan sumber tenaga
untuk otak.
10. Daging tanpa lemak
Daging tanpa lemak merupakan antara sumber makanan
yang kaya dengan zat besi. Zat besi merupakan mineral yang penting untuk
tumbesaran kanak-kanak dan membantu mereka menumpukan perhatian terhadap
pelajaran di sekolah. Daging lembu juga mengandungi zink yang bagus untuk
memori.
No comments:
Post a Comment