1. Mendirikan solat
Semua manusia yang sudah mencapai umur baligh diwajibkan keatasnya
solat fardu lima waktu sehari semalam. Solat fardu dengan rajin dan
lakukannya solat sunat bagi menampung kekurangan yang terdapat pada
solat wajib itu tadi.
2. Menjaga solatnya
Seseorang yang wajib solat dituntut juga khusyuk ketika menunaikan
kewajipan itu. Selain khusyuk,menunaikan solat juga dituntut
beristiqamah iaitu melakukan solat dengan berterusan mengerjakannya
serta menjaga waktunya, ini bermaksud solat itu mesti diawal waktu dan
tidak berlengah- lengah.
3. Bersyukur dan redha
Manusia ini biasa mempunyai tabiat yang buruk kerana apabila ditimpakan
ujian atau musibah sering mengeluhdan adakalanya seperti menyalahkan
takdir. Sebaiknya kita bersyukur dan redha dengan setiap pemberian
Allah.
4. Selalu bersedekah
Murah hati adalah sifat
yang mulia. Kehidupan akan menjadi indah dan bahagia apabila semua orang
ada perasaan ingin saling bantu membantu sesama saudara seagama.
Sehingga malikat berdoa agar orang yang rajin memberi sedekah itu Allagh
S.W.T akan gantikan dangan ganjaran yang berlipat kali ganda.
5. Menjaga maruah diri
Untuk menjadi wanita solehah hendaklah wanita itu menjaga maruahnya
dengan menutup aurat dengan betul.memelihara diri dan kehormatannya
serta menjauhi perlakuan yang boleh mendorongnya melakukan maksiat dan
perbuatan keji.
6. Takut murka Allah
Wanita solehah
sentiasa patuh kepadaajaran Allah dan menjauhi semua laranganNya.
Walaupun Allah tidak dapat dilihat tetapi sentiasa merasakan Allah itu
maha melihat semua perbuatan hambaNya.
7. Menjaga amanah.
Sebagai wanita perlulah menjaga amanah yang telah dipikulkan ke atasnya
seperti amanah menjadi seorang isteri, seorang ibu , seorang pekerja,
seorang tertangga. Amanah kepada Allah seperti di dalam surah Al-Fatihah
, ‘kepada Engkau kami menyembah dan kepada Engkau kami memohon
pertolongan.
8. Pandai mengaji Al-Quran
Wanita solehah
selain solat, menjaga solatnya dengan istiqamah, menjaga amanah dan
memelihara diri, mestilah juga tahun mengaji quran dan suka /sering
menjadikan Quran itu sebagai sahabatnya. Sesungguhnya rumah yang tidak
diperdengarkan alunan bacaan Quraan ibarat sebuah kubur.
Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang):
Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?”
Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”
Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?”
Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah,
Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka
dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan
kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani)
No comments:
Post a Comment